Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma mungkin ada dari kita yang agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut.
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.
Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklahmeningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.
Insya Allah, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.
Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
Insya Allah, mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser.
Khasiat madu kelulut termasuklah:
- menambahkan tenaga batin
- merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
- madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi.
- meningkatkan metabolisme badan - menambahkan tenaga kelakian
- menjaga kecantikan
- menguatkan tenaga wanita yang baru bersalin
- antioksidan yang tinggi
- mengurangkan kerosakan fungsi ginjal
- dapat mengurangkan stress aksidatif
- mengurangkan atrofi pada uterus & vagina
- membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium
- merawat :
-PenyDiabetis mellitus (kencing manis)
- Strok - Hepatitis (Hati) - Kanser
- Hipentensi (Darah Tinggi) Batu Karang
- Lelah - Buasir
- Menguatkan memori dan daya ingatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan