Kajian
telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam
perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi
Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid
4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya
dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid
fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan
sebanyak g/g berat kering.
Asid fenolik
bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan
dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan
aktif lain seperti flavonoid.
Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai
khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang
telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa
selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat
mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang
ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus
dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia
membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan