Cari Blog Ini
Jumaat, 14 Jun 2013
Khamis, 13 Jun 2013
Rabu, 12 Jun 2013
Kajian MARDI
Kajian
telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam
perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi
Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid
4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya
dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid
fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan
sebanyak g/g berat kering.
Asid fenolik
bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan
dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan
aktif lain seperti flavonoid.
Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai
khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang
telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa
selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat
mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang
ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus
dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia
membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Kelebihan Madu Kelulut Berbanding Madu Lebah.
Meningkatkan metabolisma
badan,,, meningkatkan tenaga batin,,, menjaga kecantikan,,, menguatkan wanita
yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman serta
membantu menyembuhkan penyakit asma/lelah dan mengurangkan masalah resdung…
Kajian di MARDI menunjukkan
madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid
4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas
“Kelulut mengeluarkan
propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifungus dan
antikanser.
“Ia boleh bertindak sebagai
antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.
“Selain berupaya menurunkan
glukosa, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan meningkatkan ketebalan
trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” …
Kajian turut mendapati madu
kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik
semulajadi... Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang
pentingkan kesihatan... Berbanding dengan madu lebah,,, madu kelulut dikatakan
lebih kuat untuk tenaga batin... Rasanya yang manis dan sedikit masam serta
tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil…
Isnin, 10 Jun 2013
Khasiat Madu Kelulut
Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma mungkin ada dari kita yang agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut.
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.
Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklahmeningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.
Insya Allah, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.
Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
Insya Allah, mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser.
Khasiat madu kelulut termasuklah:
- menambahkan tenaga batin
- merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
- madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi.
- meningkatkan metabolisme badan - menambahkan tenaga kelakian
- menjaga kecantikan
- menguatkan tenaga wanita yang baru bersalin
- antioksidan yang tinggi
- mengurangkan kerosakan fungsi ginjal
- dapat mengurangkan stress aksidatif
- mengurangkan atrofi pada uterus & vagina
- membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium
- merawat :
-PenyDiabetis mellitus (kencing manis)
- Strok - Hepatitis (Hati) - Kanser
- Hipentensi (Darah Tinggi) Batu Karang
- Lelah - Buasir
- Menguatkan memori dan daya ingatan.
Jenis-Jenis Madu Lebah Kelulut
1. MADU LEBAH KELULUT
- Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
- Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
- “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
- Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
- Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
- “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengankhasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
- Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
- “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
- Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
- Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanserdan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosaselain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
2. PROPOLIS LEBAH KELULUT
- Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
- Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
- Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
- Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
- Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderitaradang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
- “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradangyang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH KELULUT
- Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen)dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
- Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.
Jenis-Jenis Lebah Kelulut
JENIS-JENIS LEBAH KELULUT
Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2
kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak
bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat
lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak
bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah
kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai
sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai
penyakit kronik. ( Info Syam Ghaz :- Artikel Usahawan
Kelantan )
Info from Mardi Website.
Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti
lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang
penyakit. Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan
bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.
Sumber
Daripada kajian yang dijalankan
diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona
scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona
itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang
dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia
(37 spesis), Thailand (20
spesis), Myanmar (9 spesis),
Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan
(1 spesis) dan Negara kita Malaysia
terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun
dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri
secara semulajadinya.
CIRI-CIRI KHAS
Lebah kelulut mirip lebah
bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang
semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat
banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan.
Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang,
mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah
kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya
berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah
diudara.
FIZIKAL LEBAH KELULUT
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan
sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah
Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan
pergerakkannya tidak bergitu lincah.
Kenali
Lebah Kelulut @ Trigona
Info from Mardi Website.
Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh
Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan
kajian kelulut selama lebih 10 tahun. Fahimee berkata, usaha pemuliharaan
spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan
dan pendidikan. Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang
kayu yang telah ditebang.
"Beberapa sarang direka di ladang di
Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies
buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.
"Kepelbagaian kelulut boleh dilihat
menerusi bentuk sarang," katanya. Koloni kelulut di MARDI diletakkan di
ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.
"Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan
peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,"
katanya.
Lebih istimewa, lebah kelulut mudah
mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.
Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh
memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor. "Dalam masa sebulan hasil kelulut
sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu
lebih mudah kerana kelulut tiada sengat," katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil
setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam
kantung-kantung kecil. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan
kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut. "Sama seperti
lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan
khasiat seperti antioksidan yang tinggi.
"Madu kelulut rasanya agak masam
berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah," katanya. Madu kelulut
lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di
pasaran. Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja
iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti
debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi
bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat
sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak. Propolis boleh berfungsi
sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya
digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Sumber
Langgan:
Catatan (Atom)